Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

5 Penyakit Berpunca Dari Masalah Sistem Saraf Manusia

Tubuh badan dan sistem saraf manusia akan sentiasa menjadi sihat apabila kita banyakkan bersenam, namun stress dari kerja akan turut membuatkan sistem saraf manusia terjejas.

Saraf manusia merupakan bahagian yang sangat penting disebabkan hubungan saraf dengan semua organ dalam tubuh badan kita. Namun, apabila saraf manusia menjadi teruk, akan terdapat pelbagai jenis penyakit yang akan menghidapi kita.

Oleh yang demikian, mari kita lihat apakah 5 jenis penyakit yang berpunca daripada masalah sistem saraf manusia. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan sistem saraf manusia?

Sistem Saraf

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf merupakan sebuah sistem yang amat rumit dalam tubuh badan semua manusia. Ia berfungsi untuk mengatur dan mengkoordinasikan seluruh otot dan organ dalam tubuh badan kita.

Sistem saraf mengkoordinasikan seluruh otot kita melalui penyampaian maklumat. Apabila kita berfikir untuk menggerakkan tubuh badan tertentu, informasi tersebut akan disalurkan melalui sistem saraf dari otak ke bahagian tersebut.

Sebagai contoh, apabila kita ingin mengambil gelas di atas meja, otak kita akan menyalurkan maklumat tersebut ke bahagian badan yang diperlukan untuk mengambil gelas tersebut. Informasi itu akan mengalir ke tangan, serta otot-otot yang memerlukan penggerakan untuk mengambil gelas.

Aktiviti seperti berjalan, berfikir, bernafas, menggerakkan otot tubuh badan, serta daya ingatan memerlukan sistem saraf untuk menjayakannya. Sekiranya bahagian ini terjejas, maka anda akan mengalami pelbagai jenis kesusahan dalam melakukan aktiviti kehidupan harian.

Berikut merupakan fungsi utama sistem saraf dalam tubuh badan manusia:

1. Mengumpul maklumat dari dalam dan luar tubuh

Apabila kita ingin melakukan apa-apa aktiviti, sistem saraf manusia akan mula mengumpul maklumat di seluruh persekitarannya. Informasi tersebut akan dikumpul dari pandangan mata, telinga, lidah, hidung, kulit, serta bulu roma kita.

2. Mengirim maklumat ke bahagian otak dan sumsum tulang belakang

Kesemua maklumat yang diperolehi oleh sistem saraf akan menghantarkan semua maklumat tersebut dan mengumpulnya ke otak dan sumsum tulang belakang kita. Semua penyaluran maklumat ini berlaku dalam tempoh milisaat sahaja.

3. Memproses maklumat dalam otak dan sumsum tulang belakang

Apabila semua maklumat sudah disalurkan ke otak dan sumsum tulang belakang, maka otak akan mula memproses maklumat tersebut. Kemudiannya, otak dan sumsum tulang belakang akan mula mencipta arahan yang perlu dijalankan oleh otot-otot dalam tubuh badan.

4. Menghantarkan maklumat ke otot, kelenjar, dan organ

Maklumat yang diperolehi dan diproses dari otak dan sumsum tulang belakang kemudiannya akan dihantar ke bahagian otot, kelenjar, dan organ supaya semuanya akan bergerak seperti yang diperlukan.

5 Penyakit Berpunca Dari Saraf Manusia

Setelah anda fahami kepentingan sistem saraf manusia, mari kita lihat apakah penyakit yang anda boleh terjejas apabila sistem saraf anda terjejas:

1. Alzheimer

Anda mesti pernah mendengar istilah penyakit ini kan? Ia merupakan satu penyakit yang akan menyerang sel-sel otak dan neurotransmitter dalam tubuh badan kita. Penyakit ini menyedihkan kerana ianya mempengaruhi fungsi otak, ingatan, serta personaliti anda.

Anda akan menjadi seorang yang pelupa, nyanyuk, serta tidak mampu melakukan aktiviti harian tanpa bantuan daripada rakan-rakan atau ahli keluarga.

2. Parkinson

Anda mesti kenal dengan peninju paling terkenal di dunia iaitu Muhammad Ali. Dia menghidapi penyakit parkinson apabila menjadi semakin tua.

Penyakit ini terjadi apabila sel-sel saraf dalam tubuh badan tidak dapat menghasilkan dopamin yang mencukupi untuk kelancaran otot dan gerakan badan.

3. Multiple Sclerosis

Multiple Sclerosis merupakan satu penyakit kronik yang terjadi di bahagian saraf pusat anda. Apabila terdapat kerosakan di selubung pelindung (mielin) yang melingkari seluruh serabut saraf di otak dan sumsum tulang belakang anda yang akan menyebabkan kelumpuhan.

4. Epilepsi

Apabila anda menghidapi penyakit epilepsi, ia akan menyebabkan tubuh badan anda mengalami kekejangan yang berulang. Penyakit ini berpunca daripada ganguan aktiviti listrik di otak anda.

5. Tumor Otak

Tumor merupakan satu gumpalan sel abnormal yang tumbuh di dalam badan kita. Apabila gumpalan ini tumbuh di otak kita, ia akan menyebabkan anda tidak dapat menjalankan aktiviti harian secara normal disebabkan gangguan sel tumor di otak anda.

Demikian merupakan 5 penyakit yang berpunca daripada masalah saraf manusia. Adakah kita boleh hindarinya daripada terjadi? Ya, kita boleh melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Anda juga boleh dapatkan suplimen untuk kurangkan risiko mendapat penyakit ini melalui link ini.  

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?