Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Punca Dan Rawatan Sakit Sendi Kaki Yang Perlu Diketahui

Artikel ini akan membincangkan tentang semua perkara yang anda perlu tahu berkenaan Sakit Sendi Kaki.

Pernahkah anda bangun pada waktu pagi dan mendapati bahawa kaki anda berasa lenguh dan sakit terutamanya di bahagian tulang rawan, ligamen, tendon, atau otot? Jika ya, anda mungkin mengalami masalah sakit sendi kaki.

Masalah ini adalah sangat biasa bagi orang yang sudah berada dalam kategori warga emas bahkan individu dalam pertengahan usia kerana tubuh badan kita sudahpun tidak beroperasi seperti zaman muda mudi. Namun, adakah masalah ini akan selesai selepas anda berehat sehari dua?

Malangnya terdapat juga individu yang masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Oleh yang demikian, mari kita bincangkan tentang faktor, punca dan cara rawatan yang betul untuk menyelesaikan masalah sakit sendi kaki.

Faktor Sakit Sendi Kaki

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang untuk mengalami masalah ini. Faktor tersebut diterangkan seperti berikut:

  1. Mempunyai sejarah kecederaan di bahagian sendi kaki
  2. Menghidap penyakit arthritis atau keadaan perubatan kronik
  3. Stress dan kemurungan
  4. Mempunyai masalah berat badan
  5. Badan sudah berusia

Apabila anda mempunyai faktor seperti di atas, ianya akan menyumbang kepada risiko untuk mendapat masalah sakit sendi kaki. Namun, terdapat beberapa kes di mana anda memerlukan pemeriksaan doktor apabila anda sendiri tidak mengetahui apakah punca sakit sendi tersebut berlaku dan tidak mengalami simptom seperti di atas.

Anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami kecacatan sendi, tidak berupaya untuk menggerakkan sendi kaki anda, mengalami kesakitan yang teruk di bahagian sendi, atau bengkak secara tiba-tiba.

Punca Sakit Sendi Kaki

Apabila kita membincangkan tentang masalah sakit sendi, penyakit-penyakit ini akan selalunya dialami oleh individu yang mengalami masalah sakit sendi lutut dan kaki, jadi anda perlu menyedari tentang penyakit yang mungkin anda sedang hidapi seperti di bawah:

1. Arthritis

Arthritis merupakan antara penyakit yang membuatkan sendi kaki anda mengalami kesakitan, keradangan ataupun kekejangan. Namun, jangan sangka bahawa hanya orang yang berusia sahaja yang berisiko menghidapi penyakit ini kerana kanak-kanak dan remaja juga boleh menghidapi penyakit ini.

2. Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis merupakan cabang daripada penyakit arthritis. Ia merupakan penyakit autoimun kronik yang akan berkembang secara perlahan dan selalunya akan aktif dalam beberapa minggu hingga bulan.

Penghidap penyakit ini akan mengalami sakit sendi bermula daripada sendi kecil seperti jari kaki dan tangan. Kemudiannya, ia akan menjejaskan bahagian pergelangan tangan, siku, pinggul, dan tulang belakang. Anda juga akan mengalami masalah sakit sendi lutut.

3. Osteoartritis

Anda mesti pernah mendengar istilah osteoartritis kerana penyakit ini dihidapi oleh berjuta-juta individu di seluruh dunia. Ianya akan berlaku apabila pelapik tulang rawan pelindung yang menutup hujung tulang anda menjadi semakin lemah akibat faktor usia.

Apabila penyakit ini aktif, ia akan merosakkan sendi terutamanya sakit sendi lutut, tangan, pinggul, dan tulang belakang. Osteoartritis berlaku disebabkan oleh tulang rawan anda menjadi semakin kering.

Namun, adakah sakit sendi kaki menjadi simptom untuk penyakit arthritis? Sebenarnya, terdapat sebanyak 29 penyakit lain yang mempunyai simptom sakit sendi kaki atau sakit sendi lutut, antaranya ialah Tendinitis, Sarcoidosis, Riket, Polymyalgia rheumatica, Osteomielitis, Lupus, Leukemia, Gout Kaki Bengkak, dan pelbagai lagi jenis penyakit yang lain.

Apakah Cara Rawatannya?

Berdasarkan penyakit-penyakit di atas, semestinya anda ingin mencari cara rawatan yang betul untuk masalah sakit sendi lutut dan kaki anda. Terdapat tiga cara utama untuk menyelesaikan masalah ini:

1. Ubah gaya hidup harian

Sekiranya anda mengalami masalah berat badan seperti obesiti, anda perlu mula menurunkan berat badan anda dengan segera kerana berat yang berlebihan akan menyebabkan sendi di bahagian kaki anda tidak mampu untuk menampung berat badan anda.

Anda boleh memulakan senaman yang ringan setiap hari serta mengurangkan pemakanan yang berlebihan untuk memastikan berat badan anda berkurangan. Anda disarankan untuk berenang kerana daya apung air akan membantu mengurangkan tekanan pada sendi tersebut.

2. Rawatan terapi fizikal

Terapi fizikal merupakan cara yang anda boleh lakukan sekiranya anda sudahpun mengalami masalah sakit sendi kaki. Pakar fisioterapi boleh memberikan cadangan dan mengatur rawatan terapi fizikal yang sesuai bergantung pada situasi tubuh badan anda.

3. Ubat-ubatan dan suplimen

Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang anda boleh ambil untuk membantu mengurangkan sakit sendi kaki, antaranya adalah ubat tahan sakit, ubat anti-radang nonsteroid, ubat sapu di bahagian kulit, serta ubat pengubah tindak balas biologi.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplimen untuk kesihatan tubuh badan anda sekiranya anda tidak mahu mendapatkan ubat-ubatan daripada doktor. Sekiranya anda sedang mencari suplimen yang sesuai, anda boleh menggunakan suplimen Evo7 Original melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?