Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Kolestrol Level: Penting Atau Tidak?

Artikel ini akan membincangkan tentang semua perkara yang anda perlu tahu berkenaan kolestrol level.

Pada satu hari, terdapat pemberitahuan bahawa akan ada pemeriksaan kesihatan secara percuma yang akan berlaku berhampiran dengan kawasan rumah anda. Anda pun mengambil keputusan untuk menghadiri pemeriksaan kesihatan tersebut.

Keesokan harinya selepas anda melakukan pemeriksaan kesihatan, doktor tersebut memberitahu bahawa anda mempunyai kolestrol level yang tinggi. Namun, adakan itu membawa maksud yang bagus atau sebaliknya? Jangan risau, artikel ini akan membincangkannya dengan teliti.

Apa itu Kolesterol?

Banyak orang akan kata bahawa mereka pernah dengar perkataan kolestrol, namun mereka belum pernah memahami apakah definisi kolestrol. Ia adalah sejenis bahan yang terdapat di dalam badan kita.

Kolestrol terdiri daripada unsur lemak yang dihasilkan pada hati. Kolestrol level adalah penting untuk badan kita, namun ianya juga akan menjadi satu masalah besar sekiranya jenis kolestrol tertentu melebihi paras normal.

Bahan ini boleh didapati dalam darah serta sel-sel dalam badan. Kolestrol level yang normal yang dipersetujui oleh kebanyakan badan kesihatan dunia adalah kurang daripada 5.2mmol/l, manakala adalah tidak disarankan untuk mempunyai kolestrol level yang lebih tinggi daripada 6.2mmol/l.

Kolestrol Baik dan Jahat

Kebanyakan orang tidak tahu bahawa terdapat dua jenis kolestrol dalam badan kita. Kebanyakan orang mempunyai stigma bahawa kolestrol memberi makna yang tidak baik untuk tubuh badan seseorang.

Sebenarnya, badan kita akan mempunyai kolestrol baik dan jahat dan kedua-duanya diberikan nama saintifik yang berbeza supaya ianya dapat dibezakan. Badan kita mempunyai Low Density Lipoprotein (LDL) serta High Density Lipoprotein (HDL).

Low Density Lipoprotein atau dikenali sebagai kolestrol jahat adalah tidak beberapa bagus untuk kesihatan tubuh badan terutama sekali apabila kolestrol level untuk LDL adalah tinggi. Namun, ianya adalah berbeza untuk High Density Lipoprotein.

HDL akan dihasilkan ke dalam tubuh badan kita apabila kita memakan makanan seperti ikan, pisang, oren, daging, dan banyak lagi makanan yang lain. HDL merupakan kolestrol baik kerana ianya adalah amat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita sekiranya kolestrol level HDL adalah tinggi.

Apakah Simptom Kolestrol Tinggi?

Setelah anda mengetahui perbezaan kolestrol baik dan jahat, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk kenalpasti tanda-tanda kolestrol tinggi? Mari kita bincangkan tentang tanda-tandanya.

Anda akan disyaki mempunyai kolestrol yang tinggi apabila anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut:

  1. Tekanan darah yang tinggi
  2. Anda senang rasa penat
  3. Ketulan yang tidak sakit di tangan
  4. Ketulan yang tidak sakit di mata
  5. Air kencing mempunyai buih-buih
  6. Bahagian najis mempunyai lapisan minyak

Apakah Kesan Kolestrol Tinggi?

Sekiranya badan anda mempunyai kadar kolestrol yang sangat tinggi di dalam badan anda dalam tempoh yang sangat lama, ianya akan menyebabkan anda berisiko untuk menghidapi penyakit strok serta masalah jantung.

Lemak yang terkandung dalam kolestrol akan mengalir dan akhirnya akan terkumpul dan melekat pada dinding saluran darah anda. Apabila ianya menjadi semakin tebal, ia mungkin akan menyebabkan aliran darah di kawasan terjejas akan tersumbat.

Situasi di mana ketulan lemak tersebut menyekat pengaliran darah di bahagian otak anda, maka sel otak tidak akan dapat menerima oksigen yang terdapat dalam darah. Perkara ini akan mengundang penyakit strok.

Sama juga seperti situasi penyakit jantung. Sel-sel jantung akan mengalami kematian sel apabila oksigen tidak dapat mengalir melalui darah apabila saluran ke jantung tersumbat dengan kolestrol. Selain itu, kolestrol level yang tinggi juga akan meningkatkan risiko pembentukan batu hempedu.

Apabila anda meningkat usia, kadar kolestrol dalam tubuh badan akan menjadi semakin meningkat dengan mudah. Oleh itu, adalah disyokan supaya anda meningkatkan pengambilan makanan seperti ikan salmon, teh hijau, kacang almond, oat, pisang, aprikot, pear, soya, kacang pistachio, serta buah oren. Anda juga perlu mengurangkan makanan berlemak.

Akhir sekali, senaman yang konsisten setiap minggu dapat memastikan kolestrol level anda menjadi normal. Suplimen juga dapat membantu untuk mengurangkan kolestrol level. Sekiranya anda sedang mencari suplimen yang sesuai, anda boleh membeli suplimen Evo 7 Original melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?