Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

4 Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Yang Tidak Baik

Artikel ini akan membincangkan tentang 4 kesan pengambilan gula berlebihan yang tidak baik. 

Siapa sahaja yang tidak suka benda manis? Majoriti penduduk di Malaysia sangat suka dengan benda manis. Lagi manis, lagi sedap kan? Jika kita lihat tabiat penduduk yang berasal daripada Kelantan, hampir semua makanan dan minuman mereka berasa manis.

Namun, adakah gaya hidup sedemikian memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Jawapannya ialah tidak, kerana ianya hanya akan memudaratkan kesihatan kita apabila kita menjadi semakin berumur. Jom kita bincangkan 4 kesan buruk mengambil gula berlebihan.

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan

Apa Itu Gula/Glukosa

Gula atau glukosa merupakan satu kristal karbohidrat yang digunakan oleh hampir setiap orang pada setiap hari. Kandungan gula yang bersifat manis membuatkan banyak orang suka mencampurkannya ke dalam minuman harian mereka.

Ia juga bukan sahaja digunakan dalam minuman, malah dalam manisan dan makanan seperti kek, kuih muih dan lain-lain. Oleh itu, anda boleh bayangkan berapa banyak kandungan gula yang diambil oleh seorang individu pada setiap hari.

Apabila pengambilan gula menjadi tidak terkawal dan terlalu banyak, organ dalam tubuh badan iaitu pankreas tidak akan mampu untuk menghasilkan insulin iaitu hormon yang membantu tubuh badan kita mengawal paras glukosa dalam sel darah ke paras yang normal.

Sekiranya kuantiti insulin dalam badan kita tidak lagi separas dengan kadar glukosa yang terdapat dalam tubuh badan, ianya akan menyebabkan paras glukosa meningkat dalam darah kita. Jom kita lihat apakah kesannya terhadap tubuh badan kita.

1. Kencing Manis Kaki Bengkak

kesan pengambilan gula berlebihan

Kencing manis kaki bengkak merupakan perkara yang selalu terjadi kepada individu yang mengambil gula terlalu banyak. Peratusan penghidap penyakit diabetes meningkat sebanyak 18.3 peratus pada tahun 2020 yang pada asalnya hanyalah 13.4 peratus pada 2015.

Apabila kita menghidapi penyakit kencing manis, kaki bengkak merupakan salah satu tanda anda menghidapinya. Selain kencing manis kaki bengkak, penghidap diabetes juga akan selalu kencing malam, kegatalan tanpa ruam, cepat dahaga, serta luka lambat sembuh.

Selain kencing manis, kaki bengkak juga mungkin terjadi disebabkan oleh penyakit yang lain. Namun, sekiranya anda mempunyai gejala yang lain seperti di atas, semestinya ia menunjukkan bahawa anda mungkin menghidapi penyakit diabetes.

2. Berat Badan Bertambah

Tidak banyak orang mengetahui bahawa apabila mereka mengambil makanan atau minuman bergula dengan terlalu banyak, ia akan menyebabkan berat badannya bertambah. Kenapakah berat badan bertambah apabila kita mengambil gula yang banyak?

Kebanyakan minuman manis yang terdapat di Malaysia mengandungi fruktosa. Fruktosa merupakan sejenis gula ringkas yang tidak sihat. Contoh gula yang sihat ialah madu, kurma, gula kelapa, sirap maple, serta gula maple.

3. Meningkatkan Risiko Kemurungan

Kebanyakan makanan yang mengandungi gula merupakan makanan yang tidak sihat. Makanan yang diproses selalunya mengandungi gula yang banyak dan ianya akan meningkatkan kadar kemurungan dalam kalangan lelaki dan wanita.

Apabila berat badan kita bertambah dan menjadi gemuk, keyakinan diri kita akan menjadi berkurangan, dan ianya akan meningkatkan kadar kemurungan buat lelaki dan wanita.

4. Cepat Letih

Apabila kita mengambil kadar gula yang berlebihan, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah serta kuantiti insulin kita melonjak. Perkara tersebut akan memberikan peningkatan tenaga, namun adakah ianya berkekalan?

Jawapannya ialah tidak, kerana lonjakan tenaga ini hanyalah sekejap sahaja, dan ia lebih dikenali sebagai sugar crush. Pernahkah anda ingat anak kecil yang mengambil gula-gula dan menjadi sangat aktif pada satu ketika, kemudiannya terus tertidur? Itulah sugar crush.

Demikian merupakan 4 keburukan utama apabila anda mengambil gula berlebihan. Sekiranya anda merupakan salah satu individu yang mengambil gula yang banyak, anda perlu mengubah gaya hidup anda serta menggunakan suplimen untuk memastikan badan anda sihat.

Terdapat banyak suplimen yang dapat membantu tubuh badan kita mencapai kesihatan seperti sedia kala. Sekiranya anda sedang mencari suplimen sedemikian, anda boleh klik di link ini. 

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?