Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

5 Tanda Mati Pucuk Yang Anda Perlu Tahu

Artikel kami pada kali ini adalah membincangkan tentang 5 tanda mati pucuk untuk kita sama-sama kita ambil peduli dalam kesihatan batin kita.

Apabila seseorang membina rumahtangga melalui perkahwinan yang sah, semestinya keinginan untuk mendapatkan zuriat menjadi bahan perbincangan di antara suami, isteri serta ahli keluarga mereka.

Setiap pasangan suami isteri mempunyai perancangan mereka tersendiri berkenaan bila masa yang sesuai untuk mendapatkan zuriat, namun terdapat pasangan yang sudahpun mencuba berkali-kali tetapi tidak berhasil. Ianya mungkin tidak berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antara faktor yang seringkali diketengahkan ialah kemungkinan bahawa si suami mengalami masalah mati pucuk. Jadi, bagaimanakah seseorang dapat tahu tanda mati pucuk? Jom kita bincangkan tentang 5 tanda mati pucuk yang anda perlu tahu.

Apa itu Mati Pucuk?

Mati pucuk merujuk kepada situasi apabila bahagian zakar lelaki tidak lagi boleh menegang seperti biasa apabila terangsang ataupun sedang melakukan aktiviti seksual. Ianya adalah antara masalah yang paling ditakuti oleh warga lelaki serta dikenali sebagai masalah lemah tenaga batin.

Apabila orang lelaki ingin mendapatkan ketegangan di bahagian zakarnya, sistem-sistem dalam tubuh badan sepserti sistem saraf periferi, sistem saraf pusat, sistem pembuluh darah serta hormon dalam tubuh badan akan mula berfungsi untuk mengalirkan darah ke bahagian zakar.

Namun, apabila salah satu daripada sistem tersebut mengalami masalah dan tidak lagi berfungsi dengan baik, maka ianya akan mengakibatkan zakar lelaki tersebut mengalami masalah zakar seperti masalah dalam ereksi, orgasme, atau ejakulasi.

Apakah Punca-Punca Mati Pucuk?

Ramai orang menyangkakan bahawa masalah ini akan datang apabila mereka mencecah umur 40 ke atas, namun terdapat pelbagai hasil kajian yang menunjukkan bahawa terdapat banyak lelaki berumur bawah 40 tahun mengalami tanda mati pucuk.

Sebenarnya, apabila terdapat halangan di bahagian sistem pembuluh darah, ianya akan mengakibatkan gangguan aliran darah yang lancar. Oleh itu, zakarnya tidak dapat mencecah ereksi yang normal. Berikut merupakan antara punca-punca seseorang mengalami masalah mati pucuk:-

A. Gangguan Fikiran dan Emosi

Apabila lelaki menghidapi masalah yang melibatkan kesihatan mental, Ianya akan mengganggu hormon individu tersebut. Masalah mental seperti tekanan dari kerja, masalah kemurungan, kegelisahan serta PTSD akan memberikan impak yang negatif terhadap zakar.

B. Masalah Saluran Darah Serta Penyakit Kronik

Saluran darah pada kawasan pembuluh darah merupakan kunci utama untuk mendapatkan ketegangan yang optimum. Namun, saluran darah akan tersumbat apabila anda menghidapi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kanser prostat, atau penyakit buah pinggang.

C. Kecederaan Pada Bahagian Zakar

Apabila anda tidak berhati-hati dan terlibat dalam kecederaan yang melibatkan bahagian zakar, maka ianya mungkin akan mengakibatkan kerosakan di saraf-saraf tertentu. Apabila kerosakan tersebut tidak boleh diubati, maka risiko untuk mati pucuk akan meningkat.

Selain itu, onani  juga boleh merosakkan saraf-saraf dan urat yang ada di sekeliling zakar anda. Jadi, hentikan onani untuk mengelakkan masalah mati pucuk.

D. Penyalahgunaan Dadah

Dadah tidak membawa sebarang impak yang positif terhadap kesihatan tubuh badan. Penyalahgunaan dadah yang terlampau seperti kokain dan ganja akan mendorong kepada masalah mati pucuk.

Apakah Tanda Mati Pucuk?

Setelah anda mengetahui punca-puncanya, anda perlu ketahui tanda mati pucuk supaya ianya boleh dirawat dalam peringkat awal. Berikut merupakan tanda-tanda mati pucuk:

  1. Anda mengalami kesulitan untuk menengangkan zakar anda apabila anda ingin melakukan aktiviti seksual
  2. Zakar anda tidak mampu mengekalkan ketegangan yang normal ketika aktiviti seksual sedang berlaku
  3. Zakar anda tidak mengeras apabila sedang tidur serta tidak lagi mengalami ketegangan pada waktu anda bangun dari tidur.
  4. Tanda-tanda tersebut tidak hilang selepas tempoh 6 bulan

Apabila anda mengalami tanda-tanda tersebut, maka anda perlu mengkaji semula aktiviti harian, keadaan fizikal dan mental, serta tabiat-tabiat buruk yang anda sering lakukan seperti merokok dan sebagainya.

Demikian merupakan perkara-perkara yang anda perlu tahu berkenaan masalah mati pucuk. Sekiranya anda ingin elakkan masalah ini dari berlaku, maka anda perlu amalkan gaya hidup yang sihat.

Ingat, kesihatan fizikal dan mental memainkan peranan bagi masalah mati pucuk. Anda juga boleh mengambil suplimen yang berkesan untuk menjaga kesihatan tubuh badan melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?