Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

5 Tabiat Gaya Hidup Tidak Sihat Anda Perlu Elakkan

Kesihatan tubuh badan merupakan perkara yang mula diabaikan oleh penduduk Malaysia. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu mencecah 15.6 peratus.

Namun, apakah punca begitu banyak penduduk Malaysia mengalami masalah obesiti? Ini adalah kerana banyak penduduk Malaysia mengamalkan tabiat gaya hidup tidak sihat. Apakah 5 tabiat gaya hidup tidak sihat tersebut? Mari kita bincangkan bersama-sama.

1. Alkohol

Alkohol merupakan minuman yang seringkali diminum oleh penduduk Malaysia yang bukan beragama Islam, namun ianya tidak bermaksud bahawa orang berbangsa Melayu tidak meminum minuman beralkohol.

Realitinya, 45.8 peratus penduduk Malaysia telah dilaporkan meminum arak dengan berlebihan. Ini merupakan nilai yang sangat merisaukan kerana ianya hampir separuh daripada populasi penduduk Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak sihat ini.

Implikasi yang paling buruk yang boleh terjadi kepada individu yang mengambil minuman alkohol yang terlalu banyak ialah masalah sirosis hati. Pengambilan alkohol berlebihan juga akan mengurangkan kadar testosteron dalam tubuh badan anda.

2. Minuman berkabonat

Adakah anda sangkakan sekiranya anda hanya meminum minuman berkabonat dan tidak meminum arak, kesihatan badan anda tidak akan terjejas? Apabila anda meminum minuman berkabonat dengan berlebihan, ianya akan meningkatkan kadar pengambilan glukosa.

Pengambilan glukosa yang berlebihan akan menjejaskan kadar insulin dalam tubuh badan anda. Perkara tersebut akan mengundang penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, dan pelbagai jenis penyakit yang berkenaan dengannya.

3. Merokok

Tiada sebarang manfaat yang anda boleh dapat apabila anda merokok. Ianya bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh badan anda, malah ianya membahayakan kesihatan orang sekeliling anda.

Bayangkan sekiranya anak anda menghidu asap daripada rokok tersebut setiap hari. Ianya akan menyebabkan paru-parunya menjadi kotor disebabkan oleh kandungan nikotin dan tar yang terdapat dalam rokok.

Apakah penyakit yang berpunca daripada pengambilan rokok yang tidak terkawal? Antaranya ialah kanser paru-paru, emfisema, bronkitis, strok, dementia, pedih ulu hati, ulser peptik, serta mati pucuk.

3. Merokok

Tiada sebarang manfaat yang anda boleh dapat apabila anda merokok. Ianya bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh badan anda, malah ianya membahayakan kesihatan orang sekeliling anda.

Bayangkan sekiranya anak anda menghidu asap daripada rokok tersebut setiap hari. Ianya akan menyebabkan paru-parunya menjadi kotor disebabkan oleh kandungan nikotin dan tar yang terdapat dalam rokok.

Apakah penyakit yang berpunca daripada pengambilan rokok yang tidak terkawal? Antaranya ialah kanser paru-paru, emfisema, bronkitis, strok, dementia, pedih ulu hati, ulser peptik, serta mati pucuk.

 

4. Tidak bersenam

Senaman merupakan asas kepada kesihatan tubuh badan. Apabila kita melakukan senaman yang konsisten pada setiap hari, ia dapat mengurangkan berat badan melalui pembakaran lemak daripada senaman harian tersebut.

Selain itu, senaman juga ialah sangat baik untuk kesihatan jantung anda. Apabila jantung anda sihat, ia dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh tubuh badan anda. Namun, apabila anda tidak bersenam, otot dan tulang anda akan menjadi semakin lemah.

Selain itu, lemak yang berlebihan dalam tubuh badan anda juga akan menyebabkan pengaliran darah anda akan menjadi semakin sempit dan tersumbat. Apabila saluran darah anda tersumbat, ianya akan mengundang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya.

5. Tidur lewat

Tidur juga merupakan perkara yang harus dititik beratkan apabila kita inginkan tubuh badan yang sihat. Namun, banyak orang Malaysia mengabaikan kepentingan ini dan akan tidur lewat untuk menonton rancangan televisyen yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa mereka ingin menikmati masa yang terluang selepas bekerja lalu mereka mengambil keputusan untuk tidur lewat demi menikmati masa tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Apakah implikasi apabila anda tidur lewat? Hasil kajian mendapati bahawa ianya akan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kanser tertentu seperti kanser kolon serta kanser payudara kerana jadual tidur yang tidak terkawal akan mengubah biologi badan.

Selain itu, kulit anda juga tidak akan dapat menggantikan kulit yang mati dengan baik dan ianya akan mengakibatkan penuaan kulit. Bukan itu sahaja, hal ini akan menyebabkan tubuh badan kita mempunyai nafsu makan yang tinggi dan ianya akan menyebabkan obesiti badan

Demikian merupakan gaya hidup tidak sihat yang anda perlu elakkan demi menjalankan kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Anda perlu banyakkan meminum air kosong dan melakukan senaman.

Sekiranya tabiat ini berpanjangan, maka tidak mustahil untuk anda mendapat pelbagai penyakit yang tidak diingini. Anda juga boleh mengambil pil suplimen yang dapat membantu menjaga kesihatan tubuh badan anda melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?