Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Penyakit Stroke: Pelumpuh Maut

Artikel ini akan membincangkan tentang bahaya penyakit stroke, simptom dan cara untuk menghindari penyakit stroke.

Kebanyakan manusia hanya akan menghargai sesuatu apabila mereka tidak lagi memilikinya. Antara benda yang kurang dihargai oleh manusia adalah kesihatan tubuh badan. Kebanyakan orang di Malaysia tidak tahu kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan perkara ini mengundang diri untuk dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Terdapat pelbagai penyakit yang merosakkan cara anda menjalankan kehidupan harian anda, namun tiada penyakit yang lebih menderita daripada penyakit stroke kerana anda akan tidak mampu lagi untuk menjaga diri sendiri apabila penyakit ini menyerang tubuh badan anda. Mari kita bincangkan secara terperinci agar anda dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan penyakit ini.

Apa itu Penyakit Stroke?

Penyakit stroke atau juga dikenali sebagai penyakit serebovaskular merupakan penyakit yang menyerang otak si penghidap. Penyakit ini diaktifkan apabila saluran darah tersumbat atau pecah dan perkara tersebut menyebabkan kegagalan beberapa bahagian otak untuk berfungsi.

Apabila kegagalan di bahagian otak diaktifkan, terdapat kemungkinan besar bahawa bahagian-bahagian otak yang terjejas secara kritikal tidak boleh dirawat dan menyebabkan kerosakan kekal.Terdapat dua jenis strok yang anda perlu tahu iaitu Strok Iskemia dan Strok Berdarah. Namun apakah beza kedua-dua jenis stroke tersebut?

Stroke Iskemia adalah penyakit di mana saluran darah tersumbat dari bahagian dalam oleh disebabkan oleh lemak dan kolestrol yang mengakibatkan pengurangan aliran darah yang mendadak.

Seterusnya, penyakit strok berdarah merupakan jenis stroke yang lebih merbahaya daripada strok iskemia kerana penghidap penyakit ini mempunyai saluran darah yang telah pecah dan ini akan mengakibatkan kebocoran darah di dalam otak si pesakit.

Apakah Simptom Penyakit Stroke?

Terdapat beberapa gejala yang menunjukkan bahawa anda mungkin berisiko menghidapi penyakit ini, antaranya adalah seperti berikut:

1. Keseimbangan Badan Terjejas

Sekiranya anda ingin berjalan dan mendapati bahawa anda tidak boleh mengimbangi badan anda apabila ingin melakukan aktiviti harian, ini merupakan petanda yang anda berisiko menghidapi penyakit ini.

2. Penglihatan Kabur

Penglihatan mata anda tidak akan menjadi kabur dengan drastik. Namun, sekiranya perkara ini terjadi, maka anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor dengan segera.

3. Lemah Otot Muka

Kebanyakan orang sedia maklum dengan simptom ini bahawa anda mungkin menghidapi penyakit stroke kerana tiada penyakit lain yang mempunyai simptom ini.

4. Tangan Menjadi Lemah

Kekuatan otot anda juga menjadi pengukur kesihatan anda. Sekiranya anda tiba-tiba tidak mampu untuk mengangkat objek yang pada kebiasaannya ringan bagi anda, anda mungkin menghidapi penyakit ini.

5. Sukar Untuk Bercakap

Apabila seseorang menghidapi penyakit ini, otot mulut anda juga akan terkesan dan akan menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk bercakap seperti biasa.

Apakah Punca Penyakit Stroke?

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan anda menghidapi penyakit ini, antaranya adalah faktor usia, keadaan kesihatan badan (penghidap kencing manis, fibrilasi atrial, kolestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi), gaya hidup yang tidak sihat (merokok, obesiti, pemakanan yang berlemak dan berminyak), serta sejarah keluarga yang pernah menghidapi penyakit stroke.

Ada Rawatan Stroke Yang Boleh Sembuh?

Buat pengetahuan anda, sekiranya anda merawatnya dengan segera apabila anda mengalami simptom awal penyakit ini. Penyakit stroke boleh sembuh apabila ubat disalurkan terus ke otak melalui rawatan ke doktor pakar bagi strok iskemia, mengeluarkan darah beku menggunakan kerangka besi, serta carotid endarterectomy.

Bagi stroke berdarah, penyakit stroke boleh sembuh melalui pembedahan clipping, penggulungan, pembedahan pembuangan arteriovenous malformation (AVM), serta stereotactic radiosurgery.

Namun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah yang lebih selamat untuk menghidari penyakit ini terlebih dahulu sebelum ianya meragut kesihatan anda. Anda boleh mengamalkan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kekal sihat. Selain itu, anda juga boleh mengambil suplimen yang memberikan khasiat yang bagus agar anda dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan yang optimum.

Demikian merupakan perkara yang anda perlu tahu berkenaan penyakit stroke. Sekiranya anda ingin mendapatkan suplimen yang berkhasiat dan mampu menghindari anda daripada terkena penyakit ini, anda boleh mendapatkan suplimen evo7 original melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?