Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Penyakit Jantung Koronari: Pembunuh Senyap

Artikel ini akan membincangkan tentang Apa Itu Penyakit Jantung Koronari, Punca Penyakit Jantung Koronari, bagaimana untuk kenal pasti dan merawat penyakit ini.

Kesihatan merupakan asas yang penting untuk anda menjalankan kehidupan harian dengan selesa. Sekiranya kesihatan tubuh badan anda terjejas, maka anda tidak akan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang dapat memudaratkan kesihatan anda dan salah satu dari penyakit tersebut ialah penyakit jantung koronari. Namun, siapakah individu yang akan terjejas dengan penyakit ini? Jangan risau, kita akan mengupas isu penyakit jantung koronari di Malaysia.

Apa Itu Penyakit Jantung Koronari?

Penyakit Jantung Koronari merupakan satu penyakit kronik yang menjejaskan tubuh badan anda melalui plak kolestrol yang akan menyempitkan saluran darah anda serta menyebabkan saluran tersebut menjadi keras.

Apabila situasi ini berlaku kepada tubuh badan anda di mana pengaliran darah ke otot jantung anda berkurangan, anda akan mengalami masalah sakit dada. Sekiranya perkara ini berlarutan ke tahap yang kritikal, anda akan mendapat serangan jantung.

Apakah Punca Penyakit Jantung Koronari?

Terdapat pelbagai punca penyakit jantung koronari di Malaysia. Antara punca penyakit jantung koronari adalah seperti berikut:

1. Merokok

Merokok merupakan antara punca perosak kesihatan yang utama di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apabila anda merokok, asap rokok tersebut mempunyai pelbagai bahan kimia yang sangat memudaratkan.

Kandungan tar di dalam rokok tersebut akan membuatkan saluran darah anda tersumbat dan akan mengakibatkan anda menghidapi penyakit ini apabila anda semakin berumur.

2. Tekanan Darah Tinggi

Apabila tekanan darah anda meningkat dan menjadi lebih tinggi daripada paras darah yang normal, ia akan menyebabkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan di organ termasuk jantung anda.

3. Paras Kolesterol Yang Tinggi

Sekiranya anda seringkali makan makanan yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi seperti makanan yang berminyak, anda akan menyebabkan saluran darah anda tersumbat dengan kolesterol.

4. Diabetes

Diabetes ataupun kencing manis merupakan penyakit yang sangat merbahaya kerana penyakit ini akan mengundang penyakit-penyakit yang lain termasuklah penyakit jantung koronari.

5. Peningkatan Umur

Apabila tubuh badan anda menjadi semakin tua, fungsi organ-organ dan testosteron anda akan menjadi semakin berkurangan. Oleh yang demikian, imuniti badan anda akan menjadi semakin lemah dan anda akan menjadi semakin berisiko untuk mendapat penyakit.

6. Obesiti

Kegemukan atau obesiti merupakan tanda anda tidak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang. Sekiranya terdapat terlalu banyak lemak di tubuh badan anda, perkara ini akan menyebabkan lemak-lemak tersebut menyumbat saluran darah di jantung anda.

7. Kekurangan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal seperti senaman berkala setiap minggu adalah penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Sekiranya anda tidak bersenam dan kurang melakukan aktiviti fizikal, risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari akan meningkat.

Bagaimana Untuk Kenalpasti Penyakit Jantung Koronari?

Terdapat beberapa gejala utama yang menandakan anda mungkin menghidapi penyakit jantung koronari. Anda akan mengalami masalah sakit dada atau sesak nafas apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

Selain itu, anda juga mungkin akan merasa sakit pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan. Sekiranya anda diserang dengan penyakit jantung, anda akan mengalami sakit dada secara mendadak serta diiringi dengan peluh badan, loya, berdebar dan pening kepala.

Apakah Cara Untuk Rawati Penyakit Jantung?

Apabila kita membincangkan tentang cara rawatan penyakit jantung, ianya boleh terbahagi kepada dua seperti berikut:

1. Rawatan Bukan Menggunakan Ubat

Apabila kita membincangkan tentang rawatan yang tidak menggunakan ubat, semestinya cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh badan anda adalah melalui amalan gaya hidup sihat.

Sekiranya anda kuat merokok, anda perlu mengurangkan atau hentikan supaya tubuh badan anda dapat menyahtoksik bahan kimia yang terdapat di dalam rokok. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga dapat menjaga tubuh badan anda supaya kekal sihat.

Cara terakhir untuk menjaga kesihatan tubuh badan ialah mengekalkan berat badan yang unggul. Apabila indeks jisim tubuh (BMI) anda berada di dalam kadar yang optimum, maka dengan secara tidak langsungnya kesihatan anda akan dijaga.

2. Rawatan Menggunakan Ubat

Apabila anda sudahpun mengalami penyakit jantung koronari, anda akan menerima ubat-ubatan oleh doktor yang berperanan untuk membantu anda melalui:

  • Pencairan darah
  • Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah
  • Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigen
  • Pengawalan tekanan darah tinggi, paras gula, dan paras kolesterol

Bagi penghidap penyakit jantung koronari di Malaysia, anda dapat mengurangkan risiko penyakit ini berlarutan melalui penggunaan suplimen yang berkesan. Sekiranya anda sedang mencari suplimen yang berkesan untuk menyihatkan tubuh badan anda, anda boleh mendapatkan suplimen Evo7 Original melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?