Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Penyakit Asma dan cara penyembuhannya

Artikel ini akan membincangkan tentang Penyakit Asma Dan Cara Penyembuhannya yang mungkin boleh membantu apabila ianya datang menyerang.

Anda baru sahaja pergi keluar bersama rakan-rakan anda untuk beriadah di gelanggang futsal. Tak sampai 10 minit bermain futsal, tiba-tiba anda mengalami kesukaran untuk bernafas seperti normal. Anda tiba-tiba terbatuk-batuk dan lelah. Kesukaran untuk bernafas ini menyebabkan anda menjadi semput dan anda meminta tolong rakan anda untuk membawa anda ke hospital secepat mungkin.

Apabila anda sampai ke hospital dan melakukan pemeriksaan kesihatan, doktor tersebut memberitahu bahawa anda menghidap penyakit asma. Namun, apa itu penyakit asma dan cara penyembuhannya? Jangan risau, artikel ini akan membincangkan dengan terperinci berkenaan penyakit asma dan cara penyembuhannya.

Apa Itu Penyakit Asma Dan Cara Penyembuhannya?

Sekiranya ini kali pertama anda menghidapi penyakit asma, maka mesti anda tidak tahu apa yang anda perlu tahu berkenaan penyakit ini. Penyakit ini adalah penyakit yang dikenalpasti melalui kesempitan dan keradangan saluran pernafasan yang menyukarkan pernafasan anda. Pada masa yang sama, nafas hidung anda akan berbunyi dengan kuat, serta dada anda merasa ketat.

Penyakit asma pada kebiasaannya akan datang dan hilang mengikut tahap asma yang dihadapi oleh pesakit tersebut dan penyakit ini juga akan bergantung kepada pendedahan kepada faktor pencetus penyakit asma. Namun, sekiranya pesakit tersebut merupakan penghidap penyakit asma yang sudah lama, mereka kebiasaannya berupaya mengurus serangan asma ringan yang dihadapi melalui pelan tindakan asma yang diberikan oleh doktor mereka.

Anda juga perlu tahu bahawa penyakit asma ini mempunyai gejala tertentu. Selain itu, gejala ini mungkin berbeza antara pesakit asma yang lain. Semasa serangan asma, tanda amaran yang anda boleh ambil peka adalah seperti berikut:

  1. Sakit dada
  2. Nafas berbunyi dengan kuat
  3. Sukar untuk menghabiskan ayat yang panjang
  4. Sesak nafas yang teruk
  5. Batuk tanpa henti
  6. Kulit menjadi pucat
  7. Tahap kesedaran menurun
  8. Tidak dapat tidur dengan nyenyak
  9. Bibir serta kuku anda bertukar ke arah kebiru-biruan

Sekiranya pesakit asma tersebut merupakan kanak-kanak, anda perlu menyediakan bacaan peak flow supaya anda boleh terus mengambil tindakan yang segera sekiranya serangan asma berlaku kepada anak anda.

Apakah Faktor Pencetus Penyakit Asma?

Semestinya anda ingin tahu apakah perkara yang boleh mencetus penyakit ini? Kebanyakan punca pencetus penyakit ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pengudaraan yang bersih. Sekiranya udara yang dihirup oleh si pesakit mempunyai bakteria seperti debu, ianya akan mencetuskan penyakit ini kepada si penghidap penyakit asma. Bakteria yang selalunya memberikan kesan kepada penghidap penyakit asma adalah endotoxin dan ianya selalu ada di sekitar perkakas rumah yang jarang digunakan. Selain itu, tempat tidur seperti katil yang jarang dibersihkan atau divakumkan akan menyebabkan gejala yang sama akan timbul. Anda juga perlu peka dengan punca seperti di bawah:

  1. Rokok
  2. Bulu Binatang
  3. Udara Dingin
  4. Aktiviti Fizikal yang drastik
  5. Infeksi di bahagian paru-paru serta saluran pernafasan di bahagian atas
  6. Kawasan yang menghasilkan partikel debu-debuan (eg: Habuk Kayu, Fabrik Tekstil, etc.)
  7. Alergi Makanan

Apakah Cara Penyembuhannya?

Anda perlu tahu bahawa kebanyakan penyakit asma yang dihadapi oleh pesakit tidak berjaya disembuhkan sepenuhnya. Selain itu, tidak banyak orang menghidapi penyakit asma dan cara penyembuhannya perlu diketahui oleh semua pesakit asma. Cara untuk anda mengubati dan elakkan serangan asma adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda sentiasa mempunyai ubat yang diberikan oleh doktor anda.
  2. Pesakit perlu mengambil ubat dengan segera sekiranya serangan asma menjadi aktif.
  3. Sila elakkan daripada terdedah dengan faktor pencetus serangan asma.
  4. Telan ubat yang disarankan oleh doktor sebelum melakukan aktiviti senaman.
  5. Terus telan ubat pelega apabila anda merasakan serangan asma yang ringan.
  6. Telan suplimen yang mempunyai maklum balas yang positif daripada pesakit asma yang sedia ada.

Demikian merupakan penerangan berkenaan penyakit asma dan cara penyembuhannya. Seperti yang diterangkan di atas, semua perkara ini perlu diikuti supaya anda dapat mengambil tindakan dengan segera sekiranya serangan asma berlaku dengan tiba-tiba. Sekiranya anda sedang mencari suplimen yang boleh membantu melegakan penyakit asma anda, anda boleh klik di link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?