Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

4 Cara Meningkatkan Hormon Lelaki Dengan Mudah

Artikel ini akan membincangkan tentang 4 cara meningkatkan hormon lelaki.

Kesihatan merupakan perkara yang paling penting bagi manusia untuk menjalankan aktiviti harian dengan baik. Sekiranya kesihatan anda terjejas, maka adalah amat sukar untuk anda menjalankan kehidupan seperti biasa.

Oleh itu, antara cara para lelaki mengekalkan kesihatan dengan elok ialah melalui penambahan hormon lelaki dalam tubuh badan anda. Namun, apakah 4 cara meningkatkan hormon lelaki dengan mudah? Mari kita terokai cara-caranya.

Apa itu Hormon Lelaki?

Hormon merujuk kepada zat kimia yang berfungsi untuk memastikan sistem tubuh badan kita mendapat khasiat yang mencukupi. Hormon lelaki dikenali sebagai testosteron. Ianya datang daripada sistem endokrin yang memastikan sistem utama seperti berikut beroperasi dengan baik:

  1. Penyerapan Zat Gizi
  2. Pencernaan Makanan
  3. Bahagian Reproduksi
  4. Fungsi Seksual
  5. Pertumbuhan Dan Perkembangan Tubuh
  6. Degupan Jantung, Suhu Badan, Kitaran Tidur, Mood, Nafsu Makan, Fungsi Kognitif, dan lain-lain lagi.

Namun, setiap lelaki akan mengalami kekurangan hormon apabila mereka menjadi semakin tua. Perkara tersebut adalah normal kerana tubuh badan kita tidak lagi boleh merembeskan hormon seperti masa muda dahulu.

Faktor penurunan testosteron yang lain ialah kecederaan pada bahagian testis, prosedur radiasi, prosedur kemoterapi, masalah penyakit kelenjar pituitari, ataupun anda mengambil ubat tertentu yang menjejaskan testosteron anda.

Pada kebiasaannya penurunan hormon lelaki ini akan menyebabkan berat badan individu tersebut menjadi semakin meningkat serta menyebabkan fungsi seksualnya terjejas. Oleh itu, mari kita ketahui 4 cara meningkatkan hormon lelaki dengan segera.

Cara 1: Melakukan Senaman Fizikal

Aktiviti senaman fizikal memang terbukti dapat meningkatkan kadar hormon lelaki dalam tubuh badan. Anda hanya perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk memastikan tubuh badan anda sihat.

Sekiranya anda memiliki masa terluang, anda boleh melakukan aktiviti angkat berat di gim. Aktiviti senaman seperti berikut dapat memastikan tubuh badan anda merembeskan hormon lelaki yang mencukupi untuk tubuh badan anda.

Cara 2: Makan Lemak Sihat, Protein, Serta Karbohidrat

Corak pemakanan anda mempunyai pengaruh yang besar terhadap kadar testosteron dalam tubuh badan anda. Apabila anda melakukan senaman serta memakan makanan berasaskan protein, ia juga dapat membentuk tubuh badan anda dengan baik.

Lemak sihat serta karbohidrat juga mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan kadar hormon lelaki. Namun, pastikan anda tidak mengambil kadar yang terlalu banyak kerana ianya juga memberikan risiko yang buruk terhadap tubuh badan anda.

Cara 3: Pengurusan Stress

Tahukah anda bahawa keadaan psikologi anda juga dapat mempengaruhi hormon dalam tubuh badan anda tidak mengira jantina? Apabila seseorang mengalami stress yang berlebihan, hormon kortisol akan mula terkumpul dan ianya mengakibatkan testosteron anda berkurangan.

Apabila hormon kortisol melonjak naik, kadar kalori dalam tubuh badan juga akan meningkat. Perkara ini akan menyebabkan berat badan anda meningkat. Oleh itu, anda perlu memastikan anda melakukan aktiviti meditasi seperti solat atau aktiviti berlandaskan hiburan.

 

Cara 4: Tidur Yang Mencukupi

Anda mesti pernah mendengar nasihat daripada ibu bapa anda untuk tidur awal? Tujuan nasihat tersebut adalah untuk memastikan tubuh badan anda mendapat rehat yang mencukupi.

Apabila anda tidur, tubuh badan anda akan mengeluarkan sel-sel mati serta menggantikannya dengan sel yang baru. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam waktu tidur.

Selain itu, tidur waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai kerana waktu tersebut dapat mengakibatkan badan kita menyejukkan semua organ-organ serta otot berbanding tidur di waktu siang.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik bertauliah mendapati bahawa individu lelaki yang tidur selama 5 jam sahaja mengakibatkan penurunan kadar hormon lelaki sebanyak 5 peratus. Oleh itu, janganlah anda melengahkan waktu tidur anda.

Demikian merupakan 4 cara meningkatkan hormon lelaki dalam tubuh badan anda. Tak susah kan untuk kekalkan kadar hormon? Anda juga boleh menggunakan suplimen yang dapat membantu meningkatkan kadar hormon lelaki. Anda boleh dapatkan suplimen tersebut melalui link ini. 

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?