Artikel ini akan membincangkan tentang 7 punca kenapa jantung bengkak yang menjadi antara penyakit utama yang dialami oleh masyarakat kita sekarang.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa kepada ajal seseorang. Ajal itu adalah pasti, namun ianya bukan satu sebab kita tidak berusaha untuk menghindari diri daripada menghidapi mana-mana jenis penyakit.
Anda mesti tidak pernah mendengar tentang penyakit jantung bengkak kerana ianya jarang dibincangkan oleh orang. Sekiranya kita mengetahui apakah punca-puncanya, semestinya kita boleh merangka cara-cara untuk menghindarinya. Jom kita ketahui 7 punca jantung membengkak.
Apa Itu Jantung Bengkak?
Jantung bengkak atau juga dikenali sebagai cardiomegaly akan menyerang bahagian jantung anda dan akan menyebabkan jantung anda menjadi kurang efisien ataupun boleh juga menyebabkan kegagalan jantung.
Apabila ianya membengkak, saiz jantung anda akan menjadi lebih besar daripada normal. Ianya boleh membesar disebabkan oleh otot badan bekerja dengan terlalu banyak sehinggakan jantung anda mula menjadi semakin tebal serta kamar jantung anda menjadi besar.
Selain itu, ianya juga boleh terjadi disebabkan oleh kadar stres yang tinggi dalam jangka masa yang pendek terhadap tubuh badan anda. Contohnya orang yang hamil, mempunyai penyakit arteri koronari (jantung koronari), masalah injap jantung, lemah otot jantung, serta aritmia boleh menghidapinya.
Pembengkakan pada bahagian jantung bukanlah satu perkara yang menyelesakan. Sekiranya anda menghidapi penyakit ini, anda perlu mengurangkan kerja-kerja yang berat pada jangka masa pendek supaya ianya tidak membengkak dengan lebih teruk. Ia terbahagi dengan dua cara iaitu:
a. Dilatation
Cara ini akan menyebabkan dinding jantung anda menjadi semakin nipis dan lemah disebabkan oleh pembesaran jantung anda. Ianya juga boleh mengakibatkan kegagalan jantung anda dengan serta merta.
b. Hypertrophy
Dinding jantung dalam kategori ini akan membengkak serta mengakibatkan jantung anda menjadi kurang efisien untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Ianya seringkali dihidapi oleh atlet serta para wanita hamil yang menggunakan jantung secara berlebihan.
Jenis yang manakah lebih teruk? Sebenarnya dua-dua jenis ini sama teruk. Namun, cara dilatation adalah lebih merbahaya kerana jantung anda boleh gagal dengan tiba-tiba. Jadi, mari kita lihat 7 punca ianya membengkak.
1. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi akan memaksa jantung anda untuk mengepam darah dengan lebih kuat lalu mengakibatkan otot jantung anda menjadi semakin tebal.
2. Penyakit Tiroid
Apabila anda menghidapi penyakit tiroid dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kadar kolesterol meningkat dalam darah, jantung berdegup dalam kadar tidak teratur, serta pembengkakan jantung.
Jika anda tidak tahu, penyakit tiroid terbahagi kepada dua jenis iaitu hipertiriodisme serta hipotiriodisme. Kedua-duanya akan menyebabkan anda mengalami masalah jantung yang kemudiannya akan membengkak.
3. Penyakit Arteri Koronari
Plak lemak yang terkandung di dalam kawasan arteri disebabkan oleh penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah terhalang dan menyebabkan pembengkakan serta sakit jantung.
Ia berpunca daripada otot pada jantung mati dan terpaksa bekerja dengan lebih demi mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan dan akan menyebabkan ianya membengkak.
4. Pernah Mempunyai Sejarah Serangan Jantung
Apabila anda sudahpun terkena serangan jantung sebelum ini, ia akan mengakibatkan jantung menjadi semakin lemah. Disebabkan oleh itu, ia mempunyai risiko untuk membengkak atau membesar supaya mampu mengepam darah ke seluruh badan.
5. Obesiti
Obesiti merupakan punca kepada pelbagai jenis penyakit. Jantung bengkak merupakan salah satu daripadanya. Lemak yang terlalu banyak akan menyekat saluran darah dan menyukarkan jantung untuk mengepam darah dan menyebabkan ianya membengkak.
6. Kurang Bersenam
Apabila anda kurang bersenam, tubuh badan anda akan menjadi semakin tidak sihat dan ianya akan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit-penyakit lain termasuklah masalah tekanan darah tinggi yang juga meningkatkan risiko jantung bengkak.
7. Faktor Umur Meningkat
Umur yang meningkat akan membuatkan semua bahagian di tubuh badan kita menjadi semakin tidak berfungsi dengan baik. Arteri dalam tubuh kita akan kehilangan keanjalannya dan menjadi semakin keras, lalu menyebabkan tekanan darah tinggi dan jantung bengkak.
Demikian merupakan punca-punca terjadinya jantung bengkak. Oleh yang demikian, jagalah kesihatan anda demi mengelak dari terkena penyakit ini. Anda juga boleh mengambil suplimen Evo 7 original yang membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat melalui link ini.