Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Ikuti 7 Cara Ini Dan Darah Tinggi Boleh Sembuh

Artikel ini akan membincangkan tentang masalah darah tinggi dan adakah darah tinggi boleh sembuh.

Kesihatan tubuh badan adalah perkara yang seringkali dipandang remeh namun hampir semua orang yang menghidapi penyakit berasa menyesal dan ingin mengubah gaya hidup mereka setelah terkena dengan penyakit-penyakit tertentu.

Namun, terdapat simptom-simptom yang anda boleh kenalpasti pada peringkat awal supaya penyakit-penyakit kronik seperti strok dan kegagalan buah pinggang dapat dielakkan, dan tekanan darah tinggi punca sebenar. Mari kita teroka masalah darah tinggi dan adakah masalah darah tinggi boleh sembuh.

Apakah Itu Tekanan Darah Tinggi?

Semua manusia bernyawa melalui pengaliran darah yang dihasilkan oleh jantung dalam tubuh badan kita. Darah akan dipam ke saluran darah ke seluruh badan untuk memastikan semua organ dan otot kita berfungsi dengan baik.

Tekanan darah merujuk kepada pengaliran darah apabila daya terjadi daripada penekanan darah pada dinding arteri, dan bila tekanan darah dalam tubuh badan melebihi julat yang selamat, ianya dikenali sebagai tekanan darah tinggi atau hipertensi.

7 Sebab Dibawah Dan Darah Tinggi Puncanya

Masalah darah tinggi bukanlah satu perkara yang baru kerana masalah ini seringkali terjadi di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa lebih dari 1 billion penduduk di seluruh dunia mempunyai masalah tekanan darah tinggi?

Hasil kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa 30.3 peratus orang dewasa mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan 3 daripada 5 penghidap tidak tahu bahawa mereka menghidapi masalah tersebut. Punca-punca darah tinggi adalah seperti berikut:

1. Faktor umur

Apabila tubuh badan seseorang menjadi semakin tua, organ-organ di dalam tubuh badan kita menjadi semakin lemah, dan ianya akan mengakibatkan tekanan darah kita meningkat secara tidak langsung.

Namun, ianya bukan bermaksud bahawa semua orang yang berumur sahaja yang akan menghidapi masalah tekanan darah tinggi kerana terdapat juga warga muda yang menghidapi masalah ini disebabkan oleh faktor genetik.

2. Darah Tinggi Tak Boleh Makan Apa?

Seperti apa yang anda sudahpun jangka, diet pemakanan harian merupakan salah satu faktor utama sama ada anda akan mengalami masalah darah tinggi. Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak dan kurang makan sayur-sayuran dapat meningkatkan tekanan darah anda. 

3. Tabiat minum arak berlebihan

Tahukah anda bahawa apabila anda meminum arak berlebihan, ianya akan meningkatkan tekanan darah tinggi dalam tubuh badan anda? Hasil daripada kajian ke atas 767 peserta pada Mac 2019 lalu mendapati bahawa segelas alkohol tidak memberi kesan.

Namun, apabila peserta tersebut mengambil dos alkohol yang tinggi, perkara tersebut menyebabkan tekanan darah mereka meningkat kerana degupan jantung meningkat dan menyebabkan jantung mengepam darah dengan amaun yang banyak.

4. Gaya hidup yang tidak aktif

Setiap jenis penyakit di dunia akan bermula dengan gaya hidup yang tidak aktif. Apabila anda tidak bersenam atau melakukan aktiviti yang berpeluh, ianya akan menyebabkan tubuh badan anda tidak mengeluarkan toksik dalam badan dan akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Individu gemuk seringkali mempunyai masalah darah tinggi.

5. Tekanan (Stress)

Dalam dunia yang sangat berkembang pesat ini, anda akan dibebani dengan pelbagai jenis masalah dan ini akan menyebabkan anda tertekan dengan masalah harian anda. Stress akan menyebabkan jantung anda mengepam darah dengan banyak dan ianya meningkatkan tekanan darah anda secara tidak langsung.

Adakah Darah Tinggi Boleh Sembuh?

Berita baiknya adalah ya, darah tinggi boleh sembuh. Namun, ianya bermula dengan kesedaran terhadap penjagaan tubuh badan kita sendiri. Berikut merupakan cara-cara yang anda boleh lakukan supaya darah tinggi boleh sembuh:

  1. Pengurangan berat badan
  2. Hadkan pengambilan minuman beralkohol
  3. Kurangkan pengambilan garam
  4. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  5. Pengambilan potassium, kalsium dan magnesium
  6. Berhenti merokok
  7. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

Demikian merupakan cara-cara supaya masalah darah tinggi boleh sembuh. Anda juga boleh mengambil suplimen yang dapat membantu tubuh badan anda untuk kekal sihat. Sekiranya anda sedang mencari suplimen yang sesuai, anda boleh gunakan suplimen Evo 7 Original melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?