Pernahkah anda melakukan aktiviti harian anda dan apabila anda terbatuk, ada terkeluar darah yang banyak? Jika ya, anda mungkin mengalami masalah batuk berdarah dan ianya membahayakan kesihatan anda.
Apabila kita bercakap tentang darah keluar dari tubuh badan kita, semestinya ia akan membawa maksud yang tidak baik bagi kesihatan anda. Jadi, apakah punca, gejala dan cara mengubatinya? Jom kita kaji bersama-sama.
Apa Itu Batuk Berdarah?
Masalah batuk berdarah ini merupakan darah yang terkeluar bersama kahak ketika individu tersebut sedang batuk dan ianya berpunca daripada paru-paru. Kuantiti darah yang keluar bersama batuk tersebut adalah berbeza bergantung pada tahap serius penyakit tersebut.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, adalah penting untuk anda mengetahui di manakah punca pendarahan tersebut supaya cara rawatan yang betul dapat dijalankan oleh doktor pakar yang merawat anda.
Apakah Punca Batuk Berdarah?
Sebenarnya terdapat pelbagai punca yang menyebabkan si penghidap mengalami masalah ini. Oleh itu, pesakit tersebut perlulah mengetahui apakah punca utama batuk berdarah tersebut berlaku.
Terdapat sekurang-kurangnya 18 punca masalah ini terjadi. Oleh yang demikian, mari kita senaraikan punca-punca tersebut:
- Saluran darah terpecah apabila batuk yang terlalu kuat
- Paru-paru cedera
- Penyakit auto immune dan vasculitis
- Malformasi saluran darah kongenital pulmonari
- Hipertensi pulmonari
- Masalah lemah jantung
- Paru-paru berair
- Paru-paru bernanah
- Paru-paru mempunyai darah beku
- Paru-paru meradang
- Benda asing termasuk ke dalam saluran paru-paru
- Kanser paru-paru
- Bronchiectasis
- Bronkitis kronik
- Tibi
- Jangkitan kulat
- Penggunaan ubat mencairkan darah
- Kongenital atau acquired systemic coagulopathy
Banyak kan punca-puncanya? Sebab itulah anda perlu mengetahui puncanya terlebih dahulu kerana punca masalah batuk berdarah akan menjadi rujukan untuk teknik rawatan yang betul demi mengubatinya.
Apakah Gejala/Simptomnya?
Apabila anda mengalaminya, semestinya anda akan mempunyai pelbagai jenis simptom yang kebanyakannya berpunca dari penyakit dan mungkin kanser. Berikut merupakan tanda-tanda anda mengalami masalah batuk berdarah:
- Mudah berasa penat
- Mengalami masalah sesak nafas
- Demam
- Nafas menjadi laju
- Berpeluh ketika waktu malam
- Selera makan menjadi kurang
- Penurunan berat badan tanpa dirancang
- Sakit dada ketika menarik nafas
Bagaimanakah Cara Untuk Merawatinya?
Seperti apa yang dijelaskan di atas, setiap masalah dan punca batuk darah yang berlaku mempunyai cara rawatan yang berbeza.
Namun, sekiranya gejala tersebut telah menjadi semakin kronik, maka anda harus pergi ke bahagian kecemasan dengan segera supaya rawatan susulan dapat dilakukan secepat mungkin.
Rawatan tersebut akan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menghentikan pendarahan, memastikan darah tidak disedut semula ke dalam paru-paru, serta rawatan punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah.
Sekiranya anda mengalami masalah pendarahan yang berlebihan, proses rawatan anda akan menjadi seperti berikut:
- Doktor akan cuba menstabilkan keadaan anda bermula dengan pemeriksaan nadi, paru-paru serta keadaan umum anda. Seterusnya, doktor akan menjalankan rawatan melalui memasukkan darah ke dalam badan anda supaya kuantiti darah dalam badan menjadi stabil.
- Apabila kadar darah anda menjadi stabil, doktor akan cuba mengenal pasti punca pendarahan tersebut melalui cara-cara seperti pembekuan darah yang terjejas, menutup pendarahan menggunakan laser, serta pembedahan.
- Namun, sekiranya doktor mendapati bahawa masalah tersebut berpunca daripada masalah seperti Bronkitis, Tuberkulosis, atau Bronchiectasis, maka mereka akan hanya memberikan antibiotik kepada anda.
Apakah Cara Pencegahannya?
Anda semestinya tertanya-tanya akan cara pencegahannya, kerana pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Anda hanya perlu memastikan anda melakukan perkara seperti berikut:
Amalkan gaya hidup sihat
- Berhenti merokok
- Lakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu
Demikian merupakan perkara yang anda perlu tahu berkenaan masalah batuk berdarah. Selain itu, anda juga boleh memastikan badan anda kekal sihat melalui pengambilan suplimen Evo 7 Original yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan anda. Jika anda sedang mencarinya, anda boleh klik di link ini.