Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Gout Kaki Bengkak? Anda Perlu Tahu 7 Perkara Ini

Artikel ini akan membincangkan tentang rawatan gout kaki bengkak yang menjadi antara penyakit utama yang dialami oleh masyarakat kita sekarang.

Adakah anda seringkali bersenam dan menjaga pemakanan harian anda? Jika jawapan anda ialah ya, ia bermaksud anda sedar atas kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan ke paras yang optimum.

Namun, tidak dinafikan bahawa kebanyakan penduduk di Malaysia tidak menjaga kesihatan tubuh badan dan ianya akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Sekiranya sendi-sendi anda membengkak, anda mungkin menghidapi penyakit gout. Jom kita ketahui 7 perkara tentang gout.

Apa Itu Gout?

gout kaki bengkak

Anda mesti sudah pernah mendengar istilah gout, tapi apakah maksudnya? Gout merujuk kepada situasi di mana terdapat pengumpulan asid urik di bahagian sendi serta tisu lembut di sekeliling kaki.

Gout telah dikelaskan oleh para doktor sebagai salah satu daripada penyakit Artritis. Apabila anda menghidapi penyakit ini, sendi yang terjejas akan menjadi sakit secara tiba-tiba. Namun, ia tidak akan menyerang semua bahagian sendi pada masa yang sama.

Punca Penyakit Gout

Gout kaki bengkak merupakan salah satu petandanya. Apabila anda mengalami masalah gout, kaki bengkak akan menyukarkan anda untuk berjalan dan melakukan aktiviti harian. Selain gout kaki bengkak, ia juga boleh membengkak di bahagian sendi yang besar.

Kristal yang terbentuk daripada pengumpulan asik urik berlebihan pada sendi akan boleh mengakibatkan berlakunya masalah batu karang di dalam buah pinggang anda. Sekiranya gout kaki bengkak tersebut berada di peringkat yang teruk, ianya boleh pecah.

Orang yang mempunyai keturunan yang pernah mempunyai penyakit gout, mengambil protein yang berlebihan, masalah obesiti, pengambilan alkohol yang banyak, atau mempunyai masalah buah pinggang berisiko untuk mengalami ketidakseimbangan asid urik.

Simptom Penyakit Gout

Anda perlu peka terhadap tanda-tanda yang akan berlaku kepada tubuh badan anda terutama sekali di bahagian sendi-sendi. Anda mungkin akan mengalami kesakitan yang akan berdenyut.

Pada kebiasaannya, penyakit ini akan bermula pada sendi kaki iaitu di bahagian ibu jari kaki, lutut serta pergelangan kaki. Selain itu, anda juga akan rasa sakit apabila anda menyentuh bahagian bengkak tersebut serta demam yang menggigil.

Sekiranya anda sudahpun mengalami masalah gout, anda akan diserang oleh kesakitan yang secara tiba-tiba terutama sekali pada waktu tengah malam apabila anda sedang tidur.

Gout Kaki Bengkak - Tahap-Tahap Penyakit

Seperti mana-mana penyakit yang terdapat di dalam dunia, gout mempunyai tahap-tahap yang berbeza. Tahap terakhir gout merupakan kondisi yang paling teruk dan menyeksakan bagi penghidap penyakit gout. Berikut merupakan tahap-tahapnya:

1. Asimptomatik

Pada peringkat ini, asid urik berlebihan sudahpun terkumpul dalam sendi-sendi anda, namun ianya masih belum menunjukkan sebarang gejala.

2. Akut

Pada peringkat ini, anda akan mula berasa sakit di bahagian sendi atau tisu lembut secara tiba-tiba. Namun, kesakitan tersebut akan reda dengan cepat.

3. Interkritikal

Fasa ini merupakan fasa di mana anda tidak akan diserang oleh masalah gout dan keadaan ini boleh berterusan selama beberapa bulan atau kadang-kadang bertahun tempohnya.

4. Kronik

Peringkat ini merupakan peringkat yang paling teruk yang boleh dialami oleh pesakit gout di mana serangan gout akan terjadi berulang kali. Ia juga dipanggil sebagai ‘Polyarticular Gout’.

Anda akan berasa kesakitan yang teruk, kejang serta kaki anda mungkin akan berubah bentuknya. Selain itu, sendi yang terjejas juga akan membengkak, merah serta panas yang menyebabkan anda demam, serta boleh menghidapi kerosakan ginjal, hipertensi, serta batu karang.

Cara Rawatan

Perkara pertama yang perlu diambil berat ialah pemakanan harian anda untuk mengurangkan kadar asid urik. Anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein.

Anda juga perlu mengurangkan pengambilan ikan seperti sardin serta ikan bilis. Selain itu, pengambilan daging juga perlu dikurangkan kepada sekurang-kurangnya sekali hidangan sehari sahaja.

Jadi apakah makanan yang perlu dilebihkan? Anda boleh makan sayuran seperti asparagus, kacang pis, bunga kobis, bayam, serta cendawan. Anda perlu minum banyak air kosong yang membantu menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan anda.

Doktor akan memberikan anda ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine, atau Glucocorticoids untuk membantu merawati masalah gout anda serta melakukan terapi ‘Anti-hyperuricemik’.

Diagnosis

Doktor akan menjalankan ujuan mikroskopi terhadap bendalir yang akan disedut daripada sendi yang terjejas. Anda jangan risau kerana gout boleh dirawat dan tidak memberikan kesan yang serius sekiranya ianya dirawat pada peringkat awal.

Alternatif Rawatan Gout

Banyak orang tidak mahu menjalankan rawatan gout kaki di hospital kerana takut. Namun, anda boleh menggunakan suplimen yang terbukti merawat masalah gout kaki bengkak dan sakit sendi kaki. Sekiranya anda mahukan suplimen tersebut, anda boleh klik di link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?