Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Penyakit Prostat: Dilemma Lelaki

Artikel ini akan membincangkan tentang penyakit prostat itu apa, bagaimana untuk kenalpasti penyakit ini, apa yang terjadi apabila terkena penyakit prostat dan apakah cara rawatannya.

Usia merupakan perkara yang amat dititikberatkan apabila anda menjadi semakin berumur. Apabila seorang lelaki sudah menjadi warga emas, individu tersebut mungkin berisiko untuk dijangkiti pelbagai jenis penyakit, antaranya adalah penyakit prostat.

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan penyakit ini? Adakah warga emas sahaja yang akan mengalami masalah ini? Jangan risau, artikel ini akan membincangkan tentang penyakit prostat, gejala, punca, serta cara rawatannya.

Penyakit Prostat Itu Apa?

Prostat merupakan satu kelenjar yang terdapat di bahagian sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini mempunyai dua lobar (lobes) yang mempunyai satu lapisan tisu luar yang menyelaputi lobar tersebut.

Ianya terletak di bahagian hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Penyakit prostat bengkak akan terjadi apabila lelaki tersebut menjadi semakin berumur. Namun, penyakit prostat bengkak bukan dikenali sebagai kanser, ianya hanyalah pembengkakan prostat yang biasa.

Seseorang lelaki akan menghasilkan hormon testosteron dan akan merembeskan hormon dihydrotes-tosterone (DHT) dan apabila lelaki tersebut menjadi semakin tua, prostat akan mengeluarkan dan mengumpul paras DHT yang tinggi dan akan menyebabkan ia membengkak.

Bagaimana Untuk Kenalpasti Penyakit Prostat?

Penyakit prostat bengkak akan terjadi berpunca daripada penyumbatan saluran kencing serta pundi kencing menjadi semakin tidak berfungsi. Perkara tersebut akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu untuk dikosongkan sepenuhnya.

Lebihan air kencing yang tidak dapat dikeluarkan akan menyebabkan bahagian prostat anda semakin membengkak. Antara gejala yang ketara untuk penyakit ini adalah seperti berikut:

  1. Aliran kencing menjadi tidak lancar, tersekat-sekat, serta perlahan
  2. Anda tidak mampu untuk menahan kencing dan akan terdapat titisan air kencing selepas buang air kecil.
  3. Kencing yang kerap pada waktu malam

Apa Yang Terjadi Apabila Terkena Penyakit Prostat?

Sekiranya prostat anda menjadi semakin bengkak, ianya akan mendorong kepada masalah yang lebih teruk. Anda akan mengalami masalah retensi urin akut di mana urin anda langsung tidak boleh mengalir keluar.

Apabila retensi urin atau tekanan pada pundi kencing terjadi, ianya boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang serta inkontinen (tak mampu kawal air kencing). Sekiranya pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan.

Apakah Cara Rawatannya?

Tindakan pertama yang anda perlu ambil adalah anda perlu memberitahu doktor mengenai masalah pembuangan air kencing anda. Penyakit prostat bengkak mungkin adalah puncanya, namun anda berisiko untuk mendapat penyakit kanser prostat yang memerlukan rawatan dengan segera.

Terdapat pelbagai jenis diagnosa yang akan dilakukan oleh doktor pakar masalah prostat, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan Rektal Digital (Digital Rectal Exam [DRE])
  2. Ujian Darah (Prostate Specific Antigen [PSA])
  3. Rectal Ultrasound
  4. Ujian Aliran Kencing (Urine Flow Study)
  5. Pyelogram Intravena (Intravenous Pyelogram [IVP])
  6. Cystoscopy

Setelah diagnosa di atas dilakukan, barulah para doktor dapat mengenalpasti tahap penyakit anda sama ada ianya sangat serius atau tidak dan mengambil keputusan berkenaan cara rawatan yang sesuai untuk anda.

Para doktor akan mengambil salah satu cara rawatan seperti di bawah untuk merawat penyakit anda:

A. Rawatan Ubat-Ubatan

Sekiranya penyakit anda berada di dalam peringkat awal dan tidak begitu bahaya untuk anda, ubat akan diberikan untuk menghalang pengeluaran hormon DHT dan mampu untuk mengecutkan atau memberhentikan pembengkakan prostat anda.

B. Rawatan Bukan Pembedahan

Terdapat dua jenis rawatan bukan pembedahan yang mampu merawat masalah prostat anda, iaitu:

  • Transurethral Microwave Thermotherapy Hermotherapy
  • Transurethral Needle Ablation

C. Rawatan Pembedahan

Kebanyakan pesakit prostat akan berasa takut dengan cara rawatan ini kerana mereka khuatir sekiranya zakar mereka tidak akan lagi berfungsi dan tidak berupaya untuk melakukan hubungan intim dengan pasangannya.

Walau bagaimanapun, pembedahan merupakan jalan penyelesaian yang paling baik untuk jangka masa yang panjang bagi pesakit penyakit prostat. Antara rawatan pembedahan yang dilakukan adalah seperti berikut:

  • Pembedahan (TURP)
  • Pembedahan Terbuka
  • Pembedahan Laser

Demikian merupakan perkara yang anda perlu tahu secara amnya berkenaan penyakit prostat. Namun, adalah lebih baik bagi anda untuk mencegahnya supaya anda kekal sihat dan mampu untuk mengeluarkan air kecil dengan mudah. Anda boleh dapatkan suplimen Evo7 Original untuk mencegah penyakit ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?