Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

Batu Karang Buah Pinggang: Mineral Maut

Artikel ini akan membincangkan tentang apa yang anda perlu tahu berkenaan penyakit batu karang buah pinggang.

Apabila kita sedang hidup dalam zaman wabak covid-19 melanda dunia, kebanyakan orang akan mengambil keputusan untuk berada di rumah sahaja. Ada juga sebahagiannya yang diarahkan untuk bekerja di rumah sahaja (Work From Home).

Namun, apabila wabak ini sudah berlarutan untuk dua tahun, kebanyakan orang yang tinggal di rumah sudah mengabaikan kesihatan mereka dan mengamalkan diet yang tidak sihat. Ada sebahagiannya yang mengalami keradangan di bahagian abdomen dan sakit apabila buang air kecil.

Sekiranya anda mengalami masalah berikut, anda berkemungkinan menghidapi penyakit batu karang buah pinggang. Namun, apakah itu batu karang? Jangan risau, kita akan membincangkan tentang penyakit ini untuk pemahaman anda.

Apa Itu Batu Karang Buah Pinggang?

Batu karang merujuk kepada deposit keras yang mula terbentuk disebabkan oleh pengumpulan mineral dan garam di dalam kawasan buah pinggang anda. Sebab-sebab pembentukan batu karang buah pinggang adalah seperti berikut:

  1. Berat Badan Berlebihan
  2. Gaya hidup tidak sihat
  3. Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan
  4. Masalah kesihatan tertentu

Apabila anda menghidapi penyakit batu karang buah pinggang, anda akan diserang rasa sakit di bahagian abdomen yang sangat pedih. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat dalam jangka masa yang panjang dan berlarutan, anda mungkin akan mengalami masalah jangkitan dan kerosakan buah pinggang anda.

Apakah Jenis-Jenis Batu Karang?

Anda sangkakan batu karang hanya mempunyai satu jenis? Jawapannya adalah tidak, kerana terdapat empat jenis batu karang yang anda perlu tahu iaitu Kalsium Oksalat, Asid Urik, Struvite dan Cysteine.

Apabila urin anda menjadi pekat, mineral yang mengalir di saluran buah pinggang dan saluran kencing anda akan melekat dan membentuk hablur. Mari kita bincangkan keempat-empat jenis batu karang seperti di bawah:

1. Batu Karang Kalsium

Apabila anda menghidapi batu karang kalsium, kalsium oksalat akan mula terbentuk did alam buah pinggang anda dan akan menjadi semakin besar apabila semakin banyak makanan yang mengandungi kalsium oksalat masuk ke buah pinggang anda.

2. Batu Struvite

Batu Struvite akan mula terbentuk apabila anda mengalami jangkitan pada kawasan saluran kencing. Jenis batu karang ini adalah bahaya kerana ianya boleh membesar dengan cepat tanpa sebarang simptom.

3. Batu Urik Asid

Apabila anda mengalami masalah batu uruk asid, ia adalah disebabkan oleh kehilangan terlalu banyak air disebabkan cirit birit kronik ataupun mengalami masalah penyerapan, terutamanya yang mengamalkan diet tinggi protein atau penghidap penyakit diabetes.

4. Batu Cysteine

Penyakit jenis ini akan dijangkiti oleh kalangan individu yang mempunyai penyakit keturunan yang dikenali sebagai cystinuria. Individu ini akan mengkumuhkan terlalu banyak asid amino keluar daripada buah pinggang.

Apakah Simptomnya?

Adalah lebih baik untuk menghindarinya sebelum ianya menjadi lebih parah. Namun, anda perlu mengetahui beberapa simptom yang boleh menandakan bahawa anda mengalami penyakit batu karang buah pinggang:

  1. Sakit pada bahagian bawah abdomen.
  2. Pedih ketika membuang air kecil.
  3. Terpaksa membuang air kecil dengan kerap.
  4. Darah didalam air kencing.

Apakah Cara Rawatannya?

Proses rawatan untuk batu karang adalah berbeza mengikut saiz batu dan juga puncanya. Sekiranya batu karang bersaiz kecil, rawatan yang diberikan selalunya bersifat tidak invasif. Mereka hanya perlu minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari untuk mengelakkan daripada batu karang kembali terbentuk.

Jika penyakit batu karangnya adalah teruk, doktor mungkin akan menggunakan X-ray atau ultrasonography sebagai alternatif untuk imbasan CT. Doktor juga mungkin akan memberi preskripsi ubat tahan sakit kerana proses pengeluaran batu tersebut boleh menyebabkan keradangan.

Doktor juga mungkin akan membekalkan ubat yang dikenali sebagai alpha blocker yang dapat membantu mengendurkan otot pada saluran air kencing supaya batu karang boleh keluar dengan lebih cepat dan tidak menyakitkan.

Demikian merupakan perkara yang anda perlu tahu berkenaan batu karang buah pinggang. Oleh itu, kawal diet pemakanan yang rendah garam, makan makanan yang rendah oksalat serta minum air yang banyak untuk mengelak daripada menghidapi masalah ini.

Anda juga boleh ambil suplimen Evo7 Original untuk menjaga kadar gula, garam dan mineral dalam badan anda. Sekiranya anda inginkan suplimen ini, anda boleh klik di link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?