Khas Untuk Yang Ada Masalah Tenaga Batin Seperti Lemah Syahwat Mati Pucuk Sekejap Jer Isteri Tak Puas

5 Cara Mengesan Kencing Manis Secara Cepat

Artikel ini akan membincangkan tentang 5 cara mengesan kencing manis: Perosak Kesihatan Tubuh Badan yang menjadi antara penyakit utama yang dialami oleh masyarakat kita sekarang.

Kesihatan tubuh badan merupakan satu perkara yang amat penting untuk kelangsungan kehidupan, peranakan, dan imej fizikal anda. Namun, dalam zaman wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia, kebanyakan orang tidak mempunyai kesempatan untuk mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Kekangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk membendung wabak ini menyebabkan para penduduk di Malaysia tidak dapat mengamalkan gaya hidup yang dahulu.

Oleh itu, terdapat ramai orang yang secara tidak langsungnya mengubah gaya hidup ke arah gaya hidup yang semakin tidak sihat dan perkara ini menyebabkan banyak orang mula menghidapi pelbagai jenis penyakit, antaranya ialah penyakit kencing manis. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kencing manis dan apakah tanda kencing manis terlalu tinggi yang anda perlu tahu supaya rawatan awal dapat dilakukan? Jangan risau, artikel ini akan mengupas dengan terperinci berkenaan kencing manis dan cara mengesan kencing manis supaya anda boleh elakkan dari penyakit ini melanda diri anda.

Apa Itu Kencing Manis?

Kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetes merupakan penyakit metabolik yang akan menyebabkan kadar kandungan gula di badan anda lebih tinggi dari yang sepatutnya. Gula ataupun glukosa adalah sangat penting kepada kesihatan tubuh badan anda kerana ianya adalah salah satu sumber utama untuk badan anda memperolehi tenaga bagi sel yang membantu badan anda untuk membangunkan otot, tisu, serta penting untuk otak anda.

Gula dalam darah akan bergerak ke dalam sel untuk disimpan atau ditukarkan sebagai sumber tenaga melalui hormon insulin di dalam badan anda. Punca utama penyakit diabetes diaktifkan adalah kerana tubuh badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengawal gula yang berlebihan dan apabila perkara ini berlarutan, ia akan menyebabkan kerosakan sistem sarafbuah pinggang, mata, dan organ-organ yang lain di dalam badan anda. Jadi, apakah cara mengesan kencing manis yang anda perlu tahu supaya perkara ini boleh dielakkan?

Punca Kencing Manis

Terdapat pelbagai perkara yang akan menyebabkan anda mengalami penyakit diabetes, dan punca utamanya adalah berkait rapat dengan gaya hidup anda. Pemakanan gula yang banyak, amalan diet yang tidak seimbang, obesiti, kuat merokok, kurang bersenam, stress, pengambilan alkohol yang tinggi, tidur yang tidak mencukupi, kebersihan mulut yang tidak terjaga, serta sejarah keluarga yang sudahpun menghidapi penyakit ini sebelum anda dilahirkan juga menjadi salah satu faktor anda menghidapi masalah kencing manis.

Tanda Kencing Manis Terlalu Tinggi

Terdapat pelbagai gejala yang menunjukkan bahawa anda sedang menghidapi penyakit kencing manis, namun tidak banyak orang tahu berkenaan gejala ini. Oleh yang demikian, mari kita sama-sama kenali gejala tersebut:

1. Kerap Buang Air

Cara mengesan kencing manis yang pertama ialah berkenaan dengan kekerapan anda membuang air kecil dalam tempoh sehari. Sekiranya anda seringkali mengunjungi tandas untuk membuang air kecil terutamanya pada waktu malam merupakan tanda kandungan gula dalam darah anda adalah terlalu tinggi.

2. Kerap Dijangkiti Infeksi Urin

Kegagalan buah pinggang anda untuk berfungsi dengan baik adalah berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. Perkara ini akan menyebabkan glukosa wujud di dalam urin anda dan akan menyebabkan infeksi pada saluran urin kerana kewujudan gula dalam persekitaran yang lembap di dalam saluran urin anda.

3. Penurunan Berat Badan Yang Drastik

Apabila kepekatan insulin di badan anda semakin menurun, ia akan menyebabkan badan anda tidak dapat menggunakan glukosa tersebut dengan efektif sebagai sumber tenaga dan akan mengakibatkan tubuh badan anda mula membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh badan anda.

4. Daya Penglihatan Semakin Kabur

Sekiranya daya penglihatan anda semakin kabur, ianya mungkin berpunca daripada kandungan glukosa yang tinggi. Perkara ini akan menyebabkan lensa di mata anda diganggu oleh kandungan glukosa tersebut, sekali gus memberikan kesan negatif kepada penglihatan anda.

5. Kerap Letih Dan Tidak Bermaya

Cara mengesan kencing manis yang sangat tidak disangka ini kerap dialami oleh pesakit kencing manis pada peringkat awal. Kadar glukosa yang tinggi dalam badan anda akan menyebabkan anda mengalami dehidrasi yang didorong oleh kencing yang terlalu kerap. Perkara ini akan menyebabkan buah pinggang anda semakin rosak dan akan mengganggu waktu tidur anda dan menyebabkan anda selalu rasa letih dan tidak bermaya.

Demikian merupakan cara kesan kencing manis yang anda boleh ikuti supaya kencing manis anda dapat dielakkan sebelum ianya berlarutan dengan lebih teruk. Sekiranya anda ingin mencari jalan untuk mengurangkan kadar glukosa di badan anda, anda boleh mendapatkan suplemen yang berkesan untuk penjagaan kesihatan tubuh badan anda melalui link ini.

Open chat
Hai, bagaimana saya boleh bantu anda?